Jumaat, 21 Disember 2018

Lawatan Ke Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pulau Pinang


Pada 27 November 2018 PERDA telah mengadakan lawatan EKSA ke Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Pulau Pinang. Tujuan lawatan ialah untuk melihat pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang telah dilaksanakan oleh jabatan terbabit.

Melalui lawatan ini anggota PERDA dapat mempelajari dan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang pelaksanaan amalan EKSA selain mendapat pendedahan berkaitan kreativiti dalam pengurusan amalan EKSA, anggota PERDA juga dapat mempraktikkan garis panduan yang betul dalam menguruskan susun atur dan keceriaan pejabat.

    
    

Jumaat, 7 Disember 2018

Jumaat, 7 September 2018

Audit EKSA Bil 3/2018


PINDAAN : Tarikh : 9 - 10 Oktober 2018 (Selasa - Rabu)

Rabu, 25 April 2018

Mantapkan EKSA PERDA 2018 : Bengkel Penyelarasan Garis Panduan dan Kriteria AUDIT EKSA

EKSA Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dimantapkan lagi dengan penambahan pengetahuan yang berkaitan EKSA melalui Penyelarasan Garis Panduan dan Kriteria AUDIT EKSA yang disertai seramai 40 orang Jawatankuasa Pelaksana EKSA PERDA. Bengkel tersebut telah dijalankan pada 24 hingga 25 April 2018 di Dewan Mutiara Wawasan, Tingkat 6, PERDA dan diketuai oleh Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dan Encik Amir Amri bin Ahmad, Penolong Pengurus Kanan (Pentadbiran)

Objektif bengkel tersebut adalah seperti berikut :-

  1. Menyemak dan menyediakan garis panduan dan kriteria audit dalam
  2. Menentukan kaedah pelaksanaan elemen-elemen baharu EKSA
  3. Membina penambahbaikan berterusan di dalam peningkatan kualiti organisasi dan
  4. Melaksanakan aktiviti-aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang kemas, bersih, tersusun dan kondusif di jabatan mengikut Panduan Pelaksanaan EKSA MAMPU.
 


Isnin, 12 Februari 2018

Audit Eksa Bil 1/2018


Audit EKSA Bil 1/2018 akan diadakan pada 23 Februari 2018 bermula dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

*Pengauditan kali ini akan diberi markah bagi Pertandingan "WOW  FACTOR" EKSA