Jumaat, 21 Disember 2018

Lawatan Ke Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pulau Pinang


Pada 27 November 2018 PERDA telah mengadakan lawatan EKSA ke Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Pulau Pinang. Tujuan lawatan ialah untuk melihat pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang telah dilaksanakan oleh jabatan terbabit.

Melalui lawatan ini anggota PERDA dapat mempelajari dan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang pelaksanaan amalan EKSA selain mendapat pendedahan berkaitan kreativiti dalam pengurusan amalan EKSA, anggota PERDA juga dapat mempraktikkan garis panduan yang betul dalam menguruskan susun atur dan keceriaan pejabat.