Isnin, 16 Jun 2025

Bengkel Pelaksanaan dan Pemurnian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) PERDA


PUTRAJAYA — Pada 12 hingga 13 Jun 2025 yang lalu, telah berlangsung Bengkel Pelaksanaan dan Pemurnian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) PERDA bertempat di Everly Hotel, Putrajaya. Bengkel ini dianjurkan sebagai langkah persediaan ke arah penjenamaan semula EKSA serta sebagai platform perbincangan bagi penambahbaikan dan pemurnian selaras dengan garis panduan terkini.

Seramai 15 orang ahli jawatankuasa EKSA telah menyertai bengkel ini, yang turut dihadiri oleh Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan).

Bengkel ini diharapkan dapat memperkukuh komitmen organisasi dalam mengamalkan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik dan berimej korporat.

   
    

Related Posts: