Rabu, 1 November 2017

PERDA Lawat Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang Pelajari EKSA

Seramai 30 orang anggota PERDA telah melawat Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang. Lawatan ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang telah dilaksanakan oleh jabatan terbabit. Hal ini kerana PERDA juga dijangka akan melaksanakan EKSA sepenuhnya pada tahun 2018 bagi menggantikan amalan 5S.

Dengan adanya lawatan ini, anggota PERDA dapat mempelajari dan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang pelaksanaan amalan EKSA. Selain mendapat pendedahan berkaitan kreativiti dalam pengurusan amalan EKSA, anggota PERDA juga dapat mempraktikkan garis panduan yang betul dalam menguruskan susun atur dan keceriaan pejabat.