Julung kalinya PERDA mengadakan lawatan EKSA ke Masjid Putra, Putrajaya pada 8 hingga 9 Disember 2016. Tujuan lawatan ini diadakan adalah sebagai pemangkin dan permulaan EKSA di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) setelah selama lima tahun menjayakan amalan 5S dan seterusnya menambahbaik kepada pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang telah dilaksanakan oleh lain-lain jabatan. Hal ini kerana PERDA juga dijangka akan melaksanakan EKSA sepenuhnya pada tahun 2018 bagi menggantikan amalan 5S yang sedia ada.
Lawatan ini juga dapat membantu anggota PERDA bagi mempelajari dan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang pelaksanaan amalan EKSA. Selain mendapat pendedahan berkaitan kreativiti dalam pengurusan amalan EKSA, anggota PERDA juga dapat mempraktikkan garis panduan yang betul dalam menguruskan susun atur dan keceriaan pejabat.