Khamis, 18 Mei 2017

Menuju EKSA PERDA 2018 : Pengukuhan dan Penambahbaikan Melalui Kursus Audit Dalaman EKSA di INTURA

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah berjaya mengamalkan Amalan 5S selama 5 tahun dan usaha murni itu dikukuhkan dengan langkah penambahbaikan kepada pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang telah dilaksanakan oleh lain-lain jabatan. Bagi tujuan tersebut, anggota PERDA di asah dengan Kursus Audit Dalaman EKSA.


Bertempat di Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Utara (INTURA), Sungai Petani, bertarikh 18 Mei 2017, seramai 32 orang anggota PERDA terdiri dari Jawatankuasa Induk EKSA PERDA telah menghadiri Kursus Audit Dalaman EKSA. Tujuan kursus ini adalah untuk mempelajari dan meningkatkan pengetahuan berkaitan Audit EKSA dijalankan bagi mencapai objektif dan sasaran mendapatkan pensijilan EKSA di PERDA dan seterusnya mempraktikkan garis panduan dan pengurusan amalan EKSA.