Khamis, 27 Jun 2019

Lawatan Ke Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak


Seramai 30 anggota PERDA telah menyertai Lawatan Penanda Aras Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Perak pada 26 Jun 2019 yang lalu. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat pelaksanaan amalan EKSA yang telah dilaksanakan oleh jabatan terbabit.

Melalui lawatan ini, anggota PERDA dapat mempelajari dan meningkatkan pengetahuan dan kefahamam tentang pelaksanaan amalan EKSA selain mendapatkan pendedahan berkaitan kreativiti dalam pengurusan amalan EKSA serta dapata mempraktikkan garis panduan yang betul dalam menguruskan susun atur keceriaan pejabat.