Isnin, 26 Oktober 2020

Gotong Royong Perdana 2/2020

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh & Salam Sejahtera

GOTONG ROYONG PERDANA EKSA

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa satu Gotong Royong Perdana EKSA akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh : 28 Oktober 2020 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang (Makan Tengah Hari SAHAJA disediakan dan akan diedar mengikut bahagian masing-masing)
Pakaian : Baju EKSA (Timberland)

3. Untuk makluman, pada hari tersebut, akan diadakan sesi pengumpulan barang-barang yang telah rosak dan tidak boleh diguna pakai. Lokasi pengumpulan barang-barang tersebut akan di buat di :-

Dewan Mutiara Perdana, Aras Bawah

4. Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi En Sharizan bin Basarudin / En Mohammad Hazarif bin Che Hamzah di talian 04-3141 158/131.

5. Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan sesi Gotong Royong Perdana EKSA ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Salam Hormat,

AFIFI HAFIZ BIN ABDUL HALIM
Pegawai Eksekutif (Pentadbiran)
Bahagian Khidmat Pengurusan
Lembaga Kemajuam Wilayah Pulau Pinang (PERDA)