Isnin, 18 September 2023

Kursus Pengenalan dan Pengauditan Ekosistem Kondusif Sektor Awam


PERDA melalui Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) mengadakan Kursus Pengenalan dan Pengauditan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bertempat di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam selama tiga hari bermula dari 13 - 15 September 2023.

Kursus yang disampaikan oleh Puan Siti Maisarah binti Azha daripada Jabatan Perkhidmatan Awam ini telah dihadiri oleh 25 orang peserta yang terdiri daripada Penyelaras EKSA, Jawatankuasa Latihan, Jawatankuasa Audit Dalam EKSA dan Jawatankuasa Promosi.

Inisiatif BKP menganjurkan kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua yang hadir sekaligus meningkatkan kemahiran serta kecekapan semua jawatankuasa dalam merancang pelaksanaan EKSA dan menilai serta melaporkan dapatan audit EKSA.

Dalam pada itu, PERDA turut mengadakan Lawatan Penadaarasan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya pada 15 September 2023 sebagai langkah untuk melihat dan mempelajari amalan EKSA yang diterapkan di Jabatan berkenaan.

PERDA kini sedang bergerak ke arah untuk mendapatkan pensijilan EKSA daripada Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dalam masa yang terdekat dengan penerapan nilai-nilai EKSA hasil dari kursus dan lawatan ini.