BUTTERWORTH, 18 Februari 2025 - Jawatankuasa Latihan EKSA PERDA telah menganjurkan Bengkel Pembaharuan Garis Panduan EKSA bertempat di Dewan Mutiara Wawsan, yang melibatkan penyertaan seramai 28 orang peserta dari pelbagai jawatankuasa dan bahagian.
Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Roslan Che Ghani, Fasilitator EKSA dari JPN Pulau Pinang, yang berkongsi ilmu dan pengalaman dalam memperkukuhkan pelaksanaan EKSA.
Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman anggota mengenai EKSA, menyemak dan menambah baik garis panduan sedia ada serta persediaan ke arah penyatuan zon EKSA PERDA menjadi satu zon yang lebih teratur.
Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga inisiatif ini terus memacu PERDA ke arah persekitaran kerja yang lebih sistematik, bersih dan kondusif.